Terima Kasih kerana lawatan anda ke laman blog saya yang tak sepertinya ini..saje suka suka

Saturday, March 21, 2009

Satu Perjalanan

Suatu perjalanan,
Mari kita lihat apa yang kita dapat dalam satu perjalanan yang singkat tetapi menyeronokan.Satu perjalanan dan Muar ke Segamat melalui Pogoh, labis, Lenga, Bukit Kepung, Pagoh, Parit Sulong seterusnya Muar.

Ini rumah nenek aku, Di Air Hitam Muar..
Tugas aku adalah menghantar nenek aku pulang dari rumah mak aku ke rumahnya.
Dapatlah jugak aku bawa balik buah jambu air,,buat lotis ..Orang jawa kata..cecah dengan sambal kicap. Sempat juga aku makan tengahari, solat dan tidur sekejap sebelum memulakan perjalanan pulang.. Sayur jantung pisang beb..perkena sambal “Tutuk” pulak tu..peh…sedap beb…


Behenti sekejap isi minyak…Dah nak habis..Station Minyak Petronas tutup kerana dalam contruction ..maka isi kat caltex dekat dengan Pekan Parit Sulong..


Tengok papan tanda tu.. eja pun terbalik…Kalau nak cari Minyak Wak Dakam …yang popular tu ada dijual disini…boleh digunakan kalau ada lenguh-lenguh, kena gigit serangga ke ..atau melegakan dada jika sakit dada..sapu je..





Minyak ni di perbuat dari serai wangi..gitu..
Satu lagi..di baris kedai buah tu ada satu warung menjual sup…macam macam sup ada..kambing,lembu dan ayam pun ada…peh sedap, dia punya kuah..pekat, makan dengan roti atau nasi putih..pehhhh…ada sekali tu malam kelmarin aku ke situ ..dah habis…” Orang jawa kata “Tak Uman”..tak pe hari lain masih ada.
Dalam perjalanan melalui Kangkar Senanggar tu…aku lihat bukit dekat kauri tu dah hampir togel dah..Inilah korban pembangunan..apa nak buat…


Masuk simpang pagoh..kalau tak biasa terlepas ke Kangkar Senanggar…Sebelum tu kita boleh lihat banyak kawasan pertanian di sebelah kanan dengan limau kasturi, pisang, lada dan banyak lagi..



Sebelum sampai pagoh ..aku dapat lihat taman peringatan di seberang highway ..besar beb…tempat persemadian kaum cina..besar tu…
Jangan tak caya,.. Aku berhenti sekejap kat kawasan perhentian pagoh..minum..Inilah satu satunya kawasan perhentian yang dibuka untuk orang luar selain dari pemandu dalam highway..banyak terdapat gerai buah-buahan dijual disini dan banyak lagi…seronok gak cuci mata tu….
Ok..sampai je kat Pagoh terus ke liang batu..sebenarnya ada dua jalan ke Pekan Lenga tapi bagus ikut Liang Batu atau Gombang sebab jalan agak lurus sedikit dari jalan yang satu lagi…












Sampai liang Batu berhenti kejap..di pengkalan tengok kaki pancing memancing ..tepi sungai tenang je..Mana yang kaki rokok tu boleh habiskan sebatang sambil hirup udara segar dan tiupan angin sungai..Cantik juga pemandangan disitu..



Ha….lihat sebelah kiri dan kanan..tenang kan…”Tapi kena ingat “Jangan sangka air yang tenang tiada buaya”..tapi sepanjang yang aku tau..tak ada pulak yang kena baham buaya….Mudah mudahan tak adalah yeh…

Hah..selepas Liang Batu …kita akan jumpa ape yeh…lupa lak tempat tu tapi lepas tu akan jumpa Pekan Lengga…Haa…kat sini siapa tak biasa boleh Naya dibuatnya…silap silap kalau laju turun bukit ini ..terus ke sungai la gamaknya…
Sebab dia punya coner tu…dahsyat…disini pemandu kena tolak ansur sebab jalan agak kecil..kena perhatikan cermin dipenghujung coner ada kenderaan atau tak…baru boleh jalan… kita akan menyusur tepi sungai dan kampong..
Sebelum kita menuju ke Bukit Kepong.









Di Bukit Kepong…nie kita boleh berhenti di muziem balai polis bukit kepung..mungkin ramai yang tau tentang sejarah penentangan unit anggota polis dalam mempertahankan balai polis bukit kepong..dimana hanya beberapa orang je yang masih selamat waktu serangan itu…Inilah perkarangan Balai Polis Bukit kepung yang telah di baik pulih menjadi tanda bagi mengenang pengorbanan anggota polis dan menyuntik semangat patriotic generasi akan dating…Indah juga kawasannya…walaupun pekannya tak lah sebesar mana..mungkin perlukan suntikan ekonomi bagi membangunkan Pekan Bukit kepong ni….


Dari Bukit kepong terus ke menuju jalan ke labis sebelum simpang ke Segamat final destination aku...Kalau simpang ni terlepas ke Pekan Labis lah gamaknya…..

Ni dia…sempadan yang memisahkan daerah Muar dan Segamat ..dipisahkan oleh Sungai Labis…Tengok macam bagus untuk memancing tu,….nasib baik dah petang..joran tak ada pulak tu…Tengok gambar sebelah..Best kan..


Teruskan perjalanan ke Sungai Chodan…Tempat nie memang Best ..maklumlah tempat sendiri mstilah best kan..tapi oleh kerana Hujan maka tak dapatlah nak bagi gambar tempat itu dengan jelas…Kalau kita lihat dengan teliti..tempat tu ada Titi, Rumah singgah kot..dan juga tempat nelayan kecil berjualan disitu..Ramai juga yang memancing dalam hujan ni…kereta banyak parking..


Aku meneruskan perjalanan ke Bandar Segamat …tapi Hujan lebat Cuma sekejap je rupanya ..sampai Bandar Cuma renyai je…Bila sampai Bandar rupanya tak hujan pun….cuba awan agak mendung..

Dah sampai aku kat Segamat…Bandar sejarah ku…dari asal perkataan “Segar Amat” ..Cuma nak menuju ke Bandar Putra tempat tinggalku..
Melintasi Sekolah lama ku..Segamat Baru seterusnya “BANDAR PUTRA’….YAHOO AKU DAH SAMPAI…ANAK AKU PUN DAH SANGAP ( MENGUAP )…

Ini lah perjalanan ku hari ni,…Happy sungguh aku dalam perjalanan ini…..Suasana agak gerimis dan tenang…

Sekian dariku..buat kali ini..ceriata apa saje….